Baddrol (kiri) mahu beri tumpuan 100 peratus pada kempen Piala Malaysia 2012, Ogos depan.
BADDROL Bakhtiar mengakui masih belum
menandatangani sebarang kontrak baharu bersama skuad Hijau Kuning
seperti digembar-gemburkan peminat di laman sosial Facebook, lapor MOHD
FAHMI ISMAIL.
“Mengenai kontrak baru dua hingga tiga tahun bersama Kedah hanyalah khabar angin semata-mata. Fokus saya sekarang ini adalah untuk pasukan kebangsaan,” katanya yang turut tersenarai menjalani latihan pusat bawah kendalian Datuk K Rajagobal menentang pasukan Arsenal dan Manchester City, hujung bulan ini.
Kegagalan anak didik Wan Jamak Wan
Hassan itu beraksi di kancah Liga Super 2013 memberi tamparan hebat buat
pasukan unggul dari utara yang pernah merangkul gelaran juara berganda
musim 2007 dan 2008.
Sementara itu, Baddrol berazam melakukan yang terbaik kepada skuad Kenari menjelang saingan Piala Malaysia yang dijadualkan bermula pada Ogos depan.