Pages

Subscribe:

Kedah FA

KFA ON WIKI

The Kedah FA (Malay: Persatuan Bola Sepak Kedah) are a Malaysian professional football association team based in Kedah, Malaysia also enters a team in Malaysian football competitions to represent the state of Kedah. The team are also known by the nicknames Hijau-Kuning (The Green-Yellows) and Kenari (The Canaries).

Kedah FA play in the Malaysia Super League, and they are the second most successful team in the history of Malaysian football after they have won a record of double treble titles in 2006-07 and 2007–08 seasons.

Labels

Saturday 10 March 2012

Sejarah Bola Sepak Kedah - Lambang Baru Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman




Bentuk
  1. Bujuran 11 segi melambangkan perpaduan tenaga dan kekuatan dari 11 buah daerah di negeri Kedah Darul Aman, 11 juga melambangkan perpaduan tenaga dan kepintaran 11 pemain dalam satu-satu pasukan dalam pertandingan bola sepak.
  2. Rangkaian kuntum bunga "Allamanda" ("Allemanda Cathartica") dan daun-daunnya melambangkan pula warna kemegahan pasukan. Ikatan rumpun bunga ini juga menggambarkan ikatan perpaduan 3 suku bangsa utama dengan melahirkan rupa bangsa Malaysia yang sama dan bersatu. Lima kelopak bunga melambangkan pegangan kepada prinsip rukun negara.
  3. Latar belakang bola mengenalkan persatuan ini dengan aktiviti yang diperjuangkan atas moto dan cogan kata "Biar Jasa Jadi Kenangan".
  4. Riben yang terhias nama persatuan selain dari menggambarkan keharmonian, gerak-geri sukan juga melambangkan skaf pemakaian para peminat dan penyokong.
Warna
  1. Warna utama kuning dan hijau melambangkan negeri Kedah Darul Aman sebagai negeri "pertanian dan tanaman utamanya" padi yang "hijau" semasa membesar dan "menguning" semasa dituai.
  2. Ia juga melambangkan warna pasukan.
  3. Putih melambangkan kebersihan dan keikhlasan serta "Perjuangan Sejiwa Murni".
  4. Merah di lingkaran luar melambangkan naungan dan sokongan menyeluruh kerajaan negeri. Ia juga menjandi lambang berani dan cekal hati.
Nota
  1. Bunga "Allamanda" ("Allemanda Cathartica") merupakan tanaman tempatan yang mudah ditanam untuk menghiaskan taman dan kawasan. Ia mempunyai warna kuning segar dan daun yang menghijau tua. Ia akan dijadikan pakaian pemain dan peminat seluruhnya.
  2. Kuning hijau dan merah juga adalah warna negeri Kedah Darul Aman. Kuning adalah warna di raja rasmi bagi raja memerintah. Hijau menjadi warna rasmi bakal raja manakala merah adalah warna rasmi menteri besar.

0 comments:

Post a Comment